Salam Sejahtera semua....duk perantauan ni asyik makan makanan arab je ntah apa mimpi bonda teringin nk try buat sushi plak. Asyik tengok kawan-kawan kt myresepi duk entry sushi je, teringin nk mencuba pula.
Sushi Gulung Tikar
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan Beras Jepun (bonda guna 1 cawan beras berasmathi dan 1/2 cawan beras pulut)
- 1 tin Tuna (yang takde tambah mayo atau cili)
- 3 batang Timun Jepun
- 6 batang Crab Filamen
- 2 biji Telur saiz M
- 1/2 cawan Cuka Sushi(cuka biasa)
- Mayonis secukupnya (kalau boleh, mayonis Jepun - boleh cari di Jusco, Tesco, Giant)
- 3 sudu besar Gula
- 1 sudu kecil Garam
- 1 sudu kecil Kicap Jepun (kalau takde, kicap cair pun boleh)- xguna pun
- Kepingan seaweed (Nori) saiz besar secukupnya (boleh cari di hayat mall, safeway, C4 dan MILES- klu anda di jordan)
Cara-cara
- Masak nasi macam biasa.
- Sediakan cuka untuk nasi - campurkan 1/2 cawan cuka dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam. kacau rata sampai sebati (kalau tak hancur sikit-sikit pun takpe)
- Sediakan inti sushi. - Tuna ditos dari tin, gaul dengan mayo secukupnya (ikut rasa sendiri. Jangan banyak sangat mayo nanti meleleh keluar dari sushi) - Timun Jepun di belah empat, buang empulur sikit. - Crab filamen di belah dua.
- Telur dikocok dengan 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil kicap cair/kicap Jepun. Dadarkan telur. Bila sejuk, potong memanjang.
- Gaulkan nasi dengan campuran cuka ketika panas. Kipaskan nasi supaya sejuk sedikit (nasi yang panas akan menyukarkan proses menggulung)
- Sedia untuk menggulung :-) Ambil tikar gulung sushi (boleh cari di bahagian Jap food atau guna tuala muka yang kering dan tebal sikit). Ambil sehelai nori dan hamparkan atas tikar.
- Basahkan tangan, ambil nasi sedikit dan tempekkan pada nori (nasi Jepun melekat sikit jadi tangan perlu basah semasa berkerja)
- Susun inti sushi (tuna, telur dadar, timun, crab filamen) seperti dalam gambar.
- Gulung!
- Potong dengan pisau tajam - SIAP!