Wednesday, 25 April 2012

Sushi

Assalamualaikum wbt....

Salam Sejahtera semua....duk perantauan ni asyik makan makanan arab je ntah apa mimpi bonda teringin nk try buat sushi plak. Asyik tengok kawan-kawan kt myresepi duk entry sushi je, teringin nk mencuba pula.

Sushi Gulung Tikar


Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 cawan Beras Jepun (bonda guna 1 cawan beras berasmathi dan 1/2 cawan beras pulut)
  • 1 tin Tuna (yang takde tambah mayo atau cili)
  • 3 batang Timun Jepun
  • 6 batang Crab Filamen
  • 2 biji Telur saiz M
  • 1/2 cawan Cuka Sushi(cuka biasa)
  • Mayonis secukupnya (kalau boleh, mayonis Jepun - boleh cari di Jusco, Tesco, Giant)
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Kicap Jepun (kalau takde, kicap cair pun boleh)- xguna pun
  • Kepingan seaweed (Nori) saiz besar secukupnya (boleh cari di hayat mall, safeway, C4 dan MILES- klu anda di jordan)

Cara-cara

  1. Masak nasi macam biasa.
  2. Sediakan cuka untuk nasi  - campurkan 1/2 cawan cuka dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam. kacau rata sampai sebati (kalau tak hancur sikit-sikit pun takpe)
  3. Sediakan inti sushi. - Tuna ditos dari tin, gaul dengan mayo secukupnya (ikut rasa sendiri. Jangan banyak sangat mayo nanti meleleh keluar dari sushi) - Timun Jepun di belah empat, buang empulur sikit. - Crab filamen di belah dua.
  4. Telur dikocok dengan 2 sudu besar gula dan 1 sudu kecil kicap cair/kicap Jepun. Dadarkan telur. Bila sejuk, potong memanjang.
  5. Gaulkan nasi dengan campuran cuka ketika panas. Kipaskan nasi supaya sejuk sedikit (nasi yang panas akan menyukarkan proses menggulung)
  6. Sedia untuk menggulung :-) Ambil tikar gulung sushi (boleh cari di bahagian Jap food atau guna tuala muka yang kering dan tebal sikit). Ambil sehelai nori dan hamparkan atas tikar.
  7. Basahkan tangan, ambil nasi sedikit dan tempekkan pada nori (nasi Jepun melekat sikit jadi tangan perlu basah semasa berkerja)
  8. Susun inti sushi (tuna, telur dadar, timun, crab filamen) seperti dalam gambar.
  9. Gulung!
  10. Potong dengan pisau tajam - SIAP! 

Sunday, 25 March 2012

Santap tengahari

Assalamualaikum.....

Specialy for my lovely family.....bonda buatkan 'bronok'. Orang kedah gelarkan kuih sagu...


Bronok ( Kuih sagu )
resepi asal : mama kastam tioman@myresipi.com


 Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  1. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  2. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.