Sunday, 25 March 2012

Santap tengahari

Assalamualaikum.....

Specialy for my lovely family.....bonda buatkan 'bronok'. Orang kedah gelarkan kuih sagu...


Bronok ( Kuih sagu )
resepi asal : mama kastam tioman@myresipi.com


 Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  1. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  2. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.

No comments:

Post a Comment