Specialy for my lovely family.....bonda buatkan 'bronok'. Orang kedah gelarkan kuih sagu...
Bronok ( Kuih sagu )
resepi asal : mama kastam
tioman@myresipi.com
Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
- 1 gelas sagu biji kecil
- 3 gelas air
- 3/4 gelas gula pasir
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat
sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.